Isnin, 26 Jun 2017

Sakit Sangat

Sadness tak pernah hilang dari hati aku. Bila aku Cuba lupakan dia. Dia datang balik. Teringatkan kenangan dulu. Akhir2 ni perangai dia makin menjadi2. Dia tak wish selamat hari raya untuk aku pun. Aku bagi chat panjang2 tapi dia bagi yang paling terpendek. Dia Sekadar minta maaf tapi buat balik benda sama.

Bluetick mmg bukan yg asing lagi dlm hidup aku. Mungkin dia dah tak sayang aku spt dulu. Aku Je yang terhegeh2 nak dia. Sampai bila aku nk hadap derita ni. Aku dah tak mampu. Tengah2 malam saat semua orang nyenyak tidur dibuai mimpi.. Aku.. Aku menangis sediam2nya dalam kegelapan malam. Lepaskan apa yang terpendam. Tiada siapa tahu. Kesetiaan, keikhlasan aku sayang dia selama ni tak dihargai lagi.

Maafkan diri ini kalau ditakdirkan suatu hari nanti diri ni berubah menjadi yg dlu. Yang tak pernah kenal erti SETIA pada akak.

Jumaat, 5 Mei 2017

Kenangan 2015

2015.. Bulan 3

Telah ditakdirkan berkenalan dengan seorang gadis lembut yang ayu. Sifat dia sikap dia. Cara layanan dia. Sangat lembut. Sangat menunjukkan sifat seorang kakak yang semua adik dalam dunia ni mahu.

Semenjak berkenalan dengan dia. Hati ini sering rasa disayangi. Dikasihi. Kerana saat itu hati ini sangat terluka kerana sikap Ex-bff sendiri. Kehadiran dia membawa sinar yang menerangi hidup aku.

Setiap malam bila dia nak tidur.. Dia takkan lupa untuk ucap i love you, i miss you, i need you. Seumur hidup aku. Tak ada lagi insan yang sering sebut macam tu pada aku. Aku sangat terharu. Sungguh.

2015. Secara dia tak perasan. Dia dah beri aku kasih sayang seorang kakak yang tak pernah aku rasa selama ni. Aku happy sangat masa tu. Ada orang sanggup layan kerenah aku. Ada orang teman aku chat. Aku bersemangat nak teruskan hidup.

Itulah tahun yang aku rindu sangat even tahun yang pertama kali aku broken dgn ex bff aku . Rindu sangat waktu baru kenal dengan dia. Tapi mungkin semua tu takkan berulang lagi.

Sebab..

Benda yang dah dinamakan kenangan, pasti mungkin takkan terulang lagi walau seindah mana pun kenangan tu. Rindu. Hanya dapat pendam dalam hati.

Aku kena terima kenyataan yang dia sudah berubah menjadi orang lain. Aku kena hadap semua ni. Deritanya menahan sakit. Rindu.

Aku tak pernah sangka.. Gadis yang aku kenal 2015 dulu akan jadi insan yang sangat bermakna dan terlalu perlukan dia dalam hidup aku.

Gadis tingkatan 3  -2015-
Gadis tingkatan 4  -2016-

Dimana awak sekarang. Kalau awak mucul kembali. Saya takkan sia2kan awak. Saya perlukan awak. Saya rindu awak. Saya sayang awak. Saya dah tak mampu untuk menahan luka ini kerana diri awak yg 2017. Sungguh saya rindu awak sangat2. Kakak saya yang dulu. Yang selalu buat saya bahagia. Walaupun semua dah berakhir. Kenangan indah ni takkan saya lupakan sampai bila2.

Selasa, 25 April 2017

Rindu Di Dalam Hati

Sekuat mana pun ego aku.. Aku mesti akan tetap kalah. Meski aku menang. Aku tetap kalah dalam menang. Menang dgn ego aku dan kalah dengan rindu. Rindu pada akak Putri. Rindu sangat. Rindu kenangan dulu dengan dia. Rindu semua setiap detik setiap saat yang dia curahkan kasih sayang seorang kakak kepada aku. Sekarang tinggal kenangan. Tak pasti akan berulang lagi atau sebaliknya.

Aulia. Seorang gadis kecil yg peramah. Usia dia tua 2 tahun  dari adik aku. Sifat Aulia.. Rajin mengemas. Cara dia.. Macam ada perangai akak Putri. Aku bayangkan seumpama Aulia adalah akak Putri dan Adik aku. Adalah aku.. Aku selalu sembang dengan Aulia. Bukan saja2 sembang. Aku ni tak peramah langsung. Tapi bila dekat dengan aulia aku rasa seakan2 aku berada dekat dgn akak putri. Kadang aku selitkan isi hati aku dalam perbualan kami.

Sejujurnya memang aku benar2 rindu pada akak putri. Sebab tu aku rapat dgn aulia. Sedikit sebanyak dapat hilangkan rasa rindu aku pada akak putri. Aku tau aulia tak ambik berat apa yg aku cakap. Aku cakap lepas ja apa yg aku rasa. Aku pernah bgitau aulia dgn adik aku yg depa 2 org tu macam kisah hidup aku. Tapi depa tak dapat tangkap apa aku maksudkan. Bagus la. Aku dah taktau nk luah pada sapa lagi. Dgn cara tu yg dapat legakan hati aku yg celaru ni. Rindu ni selalu buat hati aku sesak. Tapi aku pendam sorang2 sampai aku rasa dah mati separuh tubuh. Tak bermaya.

Sehingga sekarang aku masih tak puas. Hati aku masih sesak dgn rindu ni. Resah. Gelisah. Benda biasa. Aku masih setia menunggu akak putri yg dulu. Aku masih beri dia peluang kedua walaupun  hati aku sakit sorang2.

Jatuh aku. Rebah aku. Tersungkur aku. Aku bangkit sendiri. Dengan berbekalkan sisa kasih sayang yang berbaki yg pada suatu ketika dahulu dia pernah bagi dan dgn kekuatan hati aku.

Aku selalu termenung bila waktu terluang. Dalam fikiran aku takda orang lain selain akak putri. Hidup aku tak ubah seperti pengemis. Tak tau hala tuju. Separuh semangat aku dah pudar. Iya.. Aku benar2 perlukan akak putri. Tapi.. Mungkin dia dah tak suka dgn aku. Aku pasrah. Salah aku. Salah aku sebab dah terlanjur menyayangi akak zariff 😔

Ahad, 12 Mac 2017

You changed :)

Antara dulu dan sekarang sangat berbeza :). Aku tak lagi bahagia seperti dulu. Tak lagi mendapat kasih sayang yang aku impikan selama ni. Aku diabaikan tanpa belas kasihan. Di pinggirkan. Seperti insan yang tak wujud dalam hidup dia. Aku diperbodohkan hidup2. Cari bila perlu. Buang bila dah habis digunakan. Lepas tu kutip balik sbb nak bantuan :). Dah banyak orang suruh aku lupakan dia. Bagitau aku dia bodohkan aku. Pergunakan aku. Tapi aku tetap dgn ego dalam diri. Rasa diri betul. Aku tetap mempertahankan perasaan sayang ni. Aku masih setia menunggu dia. Masih memberi peluang ke 2. Masih mengharap keajaiban seperti dulu namun hakikatnya takkan mungkin aku dapat lagi.

Perasaan aku terlalu kuat. Dia dah bagi racun kasih sayang yg dah membunuh hati aku untuk terima nasihat. Dah matikan hati aku untuk terima insan baru dlm hidup aku. Power sangat racun dia. Aku terlalu sayang sehingga aku rela korbankan segala-galanya untuk dia. Sanggup menahan sakitnya hati  mendengar kata2 ibu yg suruh aku lupakan dia. Aku masih tak hiraukan kata2 ibu tu. Masih mempertahankan. Susah sangat untuk aku lupakan dia.

Now aq sangat dissappointed. Aku stalk moment wechat dia. Alangkah kecewa, jeles dan sakitnya hati aku bila dia rela wish birthday pada 2 org kawan lelaki dia sedangkan pada birthday aku yg lalu aku tunggu dan tunggu dia untuk wish siap pasang harapan nk dia org pertama yg wish. Tapi.. Benda tu cuma anggan2. Takkan terjadi. Dia langsung tak ingat birthday aku dan dia taknak amik tau pun!!. Lepas aku baca moment tu aku terus rasa nk jadi org yang dah takdak perasaan. Aku dah malas nk layan semua ni. Tpi aku masih berharap. See nampak tak KEBODOHAN aku? Berharap kenangan dulu akan terulang lagi. Aku mmg bodoh dah tau kenangan indah tu dah tinggal kenangan tapi masih tunggu ia berulang lagi.

Aku rasa sakit sangat kat dada menahan sebak. Mungkin dah tiba masa untuk aku lepaskan dia. Hmm. Air mata aku sedang mengalir laju membasahkan pipi. Buang masa je kan menangis. Dia bukan tau pun isi hati aku. Klau dia tau sekali pun dia takkan KESAH.

Pada sapa yg baca blog ni lah kan. Jgn la jadi cam aku yang tak sedar diri. Sayangkan seseorg sangat2 sampai tak kesah dah diperbodohkan hidup2. Tolong jgn jadi org yang tak guna seperti aku okey :)

Sabtu, 18 Februari 2017

Perasaan

Aku tak faham la dengan perasaan aku ni. Aku dah kata mmg aku nak berubah tapi perasaan sayang pada akak putri tu yang halang aku untuk jadi diri orang lain. Aku dah bnyak kali disakiti. Tiap2 hari aku terluka. Selalu sedih sebab dia. Dia bukan pernah tahu pun.

Disaat aku sedih ni la org yg aku anggap biasa2 je yg bantu aku. Yg buat aku happy balik. Iaitu twin aku sendiri. Aku tak sangka dia sanggup korbankan kakak angkat dia untuk aku. Dia suruh kakak angkat dia happykan aku. Teman aku lepas dia tau masalah aku dan akak putri. Siyes. Aku terharu sangat. Knapa aku sgt kjam pada dia dulu.

Perubahan pada diri akak putri semakin jelas aku nampak sekarang ni. Beberapa hari lepas aku dah bengang dgn dia. Aku punya type chat panjang2 senang hati dia je balas pendek namati. Dia balas ' okey ' je. Aduhh naik angin la aku. Dia dah dapat teka apa perasaan aku masa tu. Haa pandai pulak budak tu teka!! Aku bagi peluang lagi kt dia. Semuanya sbb sayang ni la. Tak sayang aku dah lama tinggalkan dia. Okey. Wlaupun dah bagi pluang. Tapi dia tetap tak berubah!! Tetap jadi orang lain. Hmmm.

Dan tadi lagi bertambah sakit hati aku. Aku dgn relanya tolong belikan dia barang yg dia nak siap nak hantar kt dia lagi. Dia suh aku hantar dpn sekolah dia. Aku lambat sikit smpai sekolah dia sbb aku dari sekolah aku balik rumah tukar moto. Dah lambat dia balik rumah dia cam tu je. Katanya ada org hantar. Dah la tak tunggu aku. Dia suh aku bgi kat kawan dia. Bila sampai batang hidung kawan dia pun aku tak nampak. Dah la tengah panas kot aku bawak moto.

Aku punya tunggu la kat kawasan sekolah tu dekat 30 minit. Xda nampak susuk tubuh kawan dia pun. Bila aku chat dia, dia tau pulak nk sorry sbb tak tunggu aku. Pastu dia senyap. Aku hantar chat tak balas. Dia bluetick je. Aku call. First dia angkat. Aku bunyikan suara. Dia diam je. Xde bunyi apa pun. Aku letak pastu call balik beberapa kali. Dia tak angkat. Kawan2 aku yg 3 org tolong teman aku tu dah mula bising2. Marah aku. Tak lama kemudian ibu aku pulak call marah2 aku lagi knapa balik sekolah lewat dalam fon tu boleh dgr suara abah aku pun dok bising2 gak marah aku agaknya. Sakit hati tu memang tak tau nak cakap la. Sangat membara dah la tgh bawah cahaya matahari terik. Last2 balik cam tu je. Aku tengah susah nk hntr barang dia. Dia (akak putri) buat tak tau je. Kakak apa macam tu????

Aku rasa aku dipergunakanlah. Dia gunakan aku. Dia mainkan aku. Dia abaikan aku. Bila dia perlu dia cari aku. Okey fine!! Aku mmg sampah yg lepas habis guna terus buang. Haa bagus la. Buat la lagi mcm tu. Sampai satu hari dia tersedar adik yg dia gunakan dulu dah dah berambos dari hidup dia untuk selama2nya. Sekarang mungkin dia boleh happy2 lagi sebab aku masih sayang dia. Dan nak dia dalam hidup aku. Tapi tak selama2nya sayang dalam hati aku ni akan mekar untuk dia.

Bila dia sakitkan hati aku. Bila dia abaikan aku. Bila dia kecewakan aku. Perasaan sayang ni akan terhakis sikit demi sikit. Aku dah dapat rasakan sikit. Dulu aku selalu rindu dia yg amat2. Tapi sekarang dah tak lagi. Aku rindu sikit2 je. Dia mintak tolong lagi mmg aku xkn tolong dah. Cukup la aku dah rasa dipermainkan dan dipergunakan. Aku mmg dah kurang setia pada dia sekarang ni. Aku dah mula chat org lain. Tapi just friend biasa. Bezanya diorg lebih tua dari aku. Akak putri nk kecewa? Biar arr. Kalau dia ubatkan semua kesakitan yang dia tinggalkan kat hati aku ni baru aku akan setia pada dia balik 1000%

Okey cukup la luahan hati aku pada harini. Tak lama lagi birthday aku. Aku harap aku akan bahagia seperti DULU..... Aamiin

Jumaat, 10 Februari 2017

Berubah :)

Hari demi hari semakin nampak perubahan pada diri dia. Hari demi hari aku tersakiti.. Tanpa dia sedari. Dia dah berubah. Tak lagi seperti dulu...

Yang penyayang
Yang friendly
Yang caring pasal diri aku

Dia dah mula abaikan aku perlahan-lahan. Dia takkan kesah pun kalau apa² jadi pada aku. Yang dia kesah cuma pasal kawan² dia. Aku MATI sekalipun dia memang takkan kesah.

Aku selalu bersabar dan rendahkan ego aku bila dia sakitkan aku. Aku sentiasa bertahan untuk jaga relay ni. Memang bagi org akan kata aku ni pulun sbb ni cuma hubungan kakak dan adik angkat. Org ramai lebih simpati pada hubungan kapel yg dari segi hukum islam haram tu. Tapi sapa yg tau apa aku rasa. No boy sebelum masanya. Dan taknak kesah pasal boy. Hidup aku perlukan kasih sayang dari seorang KAKAK. Bukan nasib aku ditakdirkan kakak kandung. Hanya kakak angkat. Tapi aku dah anggap kakak angkat aku.. Akak putri... Macam kakak kandung aku sendiri. Dia adalah sebahagian besar dari hidup aku. Macam nyawa aku. Betapa aku sayang sangat² pada dia.

Tapi bila dia berubah semua hancur. Aku dah penat tanggung sakitnya diabaikan. Sakitnya hati yang terluka. Pedih. Aku always serabut. Tiap hari dalam kepala otak aku cuma ada dia. Aku selalu terbayang saat² indah bersama dia. Semua tu takkan jadi kenyataan. Huh..

Memang aku dah janji dgn dia yg aku akan sentiasa bersabar dgn sikap dia. Tapi aku pun manusia biasa. Aku ada HATI. Tak selama-lamanya aku dapat bertahan kalau selalu disakiti. Mungkin dia dah tak perlukan aku lagi dlm hidup dia. Aku akan Berhenti mengemis kasih sayang dari dia.

Aku masih perlukan dia sangat² dalam hidup aku tapi aku kena berubah. Aku tak boleh selama-lamanya hidup dlm keadaan sedih macam ni. Aku akan berubah dan tak jadi lagi Fir yg dulu.. Yang selalu bersabar dgn orang yg dia betul² sayang. Yang selalu setia selepas hampir kehilangan org yg dia sayang.

Akak tolong jangan terkejut ya :)

Bye

Khamis, 2 Februari 2017

Alone

Assalamualaikum semua orang² islam sekalian !!!!

Tak jawab dosa :p
Kepada yang bukan islam i want to say good evening u all

Ehh,, ada ke orang sudi singgah dan baca blog luahan hati aku yang agak bosan ni –_–ll

Hm.. Aku rasa alone la. Akak putri start tak on pulak. Berjuta² kali aku stalk last seen dia (padahal tak sampai 50 kali). Bila dah stalk tengok tak on rasa hampa je. Bila tengok dia online rasa kecewa pulak sebab dia tak chat. Haduh aku nak ape sebenarnya ni... Em haaa aku dah tahu!!!! Aku sebenarnya cuma nak perhatian dari dia.

Sejak kebelakangan ni dia kan makin berubah.. Dia suka balas chat aku lambat². Pastu balas pendek² . Aku memang takley sangka baik dah. Aku dah ingat dia mula meluat ngan aku. Atau bahasa sentapnya Dah Malas  nak reply chat dari aku. Dah dia buat macam tu aku pun mula la cipta ayat sedih² kasi kat dia (sedih la sangat). Dia baca. Then bluetick je. Serius rasa macam kena hiris dengan duri kat hati aku ni. Tapi aku sabarkan saja. Sebab aku masih mampu bertahan. Aku diam. Aku pun tak tau sampai bila aku nak mengemis perhatian dari dia.

Dah dua hari aku tak pergi sekolah. Badan aku masih tak sihat sikit². Aku berharap sangat dia sudi bagi semangat sikit kat aku untuk kembali sihat sepenuhnya. Dia adalah ubat utama yang menambahkan kekuatan dalam diri aku. Tapi... Semua tu takkan pernah berlaku. Dia bukan kesah lagi pasal diri aku seperti Dulu.......

Walaupun dia makin berubah jadi orang yg aku tak kenal, aku tetap selalu berdoa lepas sembahyang pada Allah S.W.T  agar sentiasa menjaga dia di mana saja dia pergi untuk aku.. Sentiasa bahagiakan dia walau bukan dengan aku.. Sampaikan rindu aku pada dia.. Aku bukan orang yg baik. Tapi aku tetap berdoa supaya aku diberi hidayah kembali seperti dulu. Dan kuatkan hati akak putri untuk menempuh ujian dari-nya.

Bila rindu aku mesti akan scroll balik chat dengan dia kat wechat. Chat yg berbulan² dulu. Chat yg buat aku tersenyum. Aku selalu baca chat time dia luah perasaan dia pada aku. Time dia cakap dia sayang aku sangat-sangat. Time dia bagitau tanpa aku dia boleh die. Time dia cakap i rindu kat you. Yg mana ayat² yang sangat menyentuh hati aku mesti aku akan tekan kat text tu lama² sampai text tu jadi besar dan aku screen shoot. Aku buat wallpaper phone aku buat wallpaper chat guna screen shoot tu dgn harapan rindu aku kat dia dengan kata² tu boleh terubat even kata² tu.. Kata² lama.

Tadi aku pulun search google sebab dah tak tau nak buat apa. Tiba2 aku tertaip nama sebenar akak putri kat search tu. Betapa sayunya aku rasa. Aku terlalu rindu.. Di mana dia sekarang?

Aku berharap semua kesedihan ni akan pergi tak lama lagi.

Isnin, 30 Januari 2017

Broken Lagi

Haiii..

Erm. Broken lagi hahahahaha. Broken pasal pe?? Kekasih?? Hahahah. No no no and no. Pasal siapa lagi kalau bukan akak putri. Aku pun xtau kenapa dgn diri aku sekarang ni. Aku selalu sensitif. Bila akak putri lambat reply chat aku. Mesti aku terasa. Pikir negetif. Aku seolah2 dapat rasakan yang akak putri tu makin rimas dengan aku. Macam meluat ngan aku. Hmmm.
Aku rasa kecewa sangat. Aku rasa alone. Semangat dalam diri aku makin menipis. Dengan perubahan dia. Aku tau aku tak seharusnya letak semangat besar aku kat dia. Sebab dia bila2 masa boleh downkan aku tanpa dia sedari. Tapi... Aku tak kuat. Susah untuk aku buang semua tu.

Adakah aku tak memahami dia? Entah la aku pun xtau nk faham dia macam mana lagi. Baru2 ni dia kehilangan sorang kawan yang sgt rapat ngan dia. Best friend la. Kawan dia terpaksa pindah tinggal kat KL rumah abang kawan dia. So dia tertekan mungkin. Aku dah bagi kata2 semangat. Tapi... Tak berhasil. Sampai nk pecah kepala aku fikir. Sekali ngan aku2 stress. Dah aku tengah tak sihat hari tu. Buat aku lgi bertambah sakit.

Sebab aku terlalu sayang dialah aku jadi malas nk chat sapa2. Hari2 aku cuma ada mood nk chat ngn dia je. Aku ada la sorang twin. Tapi yg palsu punya hahaha. First masa baru kenal aku just nk kenal2 mcm tu je. Tak nak la sampai chat berhari2 tu. Tapi secara x sedar dia anggap aku twin dia. Aku kesian kt dia. Aku pun anggap dia twin aku. Bagi aku twin ngan kawan sama je. Dia je yg selalu rindu aku. Aku... Entah la.. Kejamkan aku. Aku ni memang susah sangat nak sayang orang. Tapi kalau sekali dah sayang.. Macam aku sayang akak putri tu. Perhh mmg aku tak boleh lepas. Datang la natang apa pun. Perasaan sayang tu still mekar dalam hati. Cehhhh hahah..

Bila wasap ngan akak putri aku paling pantang sekali bila dia tinggal bluetick je chat aku. Bila aku bluetick balik chat dia tau pulak dia hantar chat kat aku banyak2. Sebenarnya aku memang suka dia buat macam tu  –_–. Aku ni suka perhatian. Tambah2 lagi dari dia. Tapi.. Sampai bila dia dapat bertahan dgn perangai aku yg teruk mcm ni. Sampai bila dia rela bagi perhatian ikhlas pada aku.

Aku rasa aku ni PENGEMIS kasih sayang dari dia.. Aku macam benda yg bila diperlukan orang cari bila tak diperlukan orang biar.. Abaikan... Sakit. Benda biasa. Aku over? Mungkin. Hummm aku pun tak tahu macam mana nak pujuk balik hati aku yg rasa terluka ni.

Oky la sampai sini je. Kepala aku dah mula sakit. Assalamualaikum. Good bye

Jumaat, 27 Januari 2017

Broken Heart

Assalamualaikum

Hai....

Di saat ni 28/1/2017 aku tengah broken sebab akak putri. Aku serabut lagi dan lagi. Akak putri suruh aku beli barang kat dia. Aku dah beli apa yg dia nak tapi nak hntar kat dia tu ada masalah transport dan masalah orang tengah untuk bagi kat dia tu. Aku nk jumpa dia face to face aku malu sangat2.  Bila aku ngadu masalah aku tu kat dia. Dia buat macam tak tahu je. Dia biar aku tanggung sorang2. Aku bagitau punya panjang2 dia balas " Ouh " ja. Mau aku tak naik angin. Pastu aku hantar dot2 macam ni kat dia ..... Dia tanya aku balik " ape "...  akak oh akak. Tak sedar ke adek tengah sakit hati ni ????? Aku mula perasan semenjak dua menjak ni en perangai dia makin berubah tau. Haritu aku rela bagi topup aku kat dia even aku tengah terdesak nk guna topup tu. Aku bgitau duit aku dah takda. Dia buat xtau ja. Aku paksa diri aku bagi topup last aku tu kat dia. Dia just say " thanks you ". Pastu senyap. Nampak sangat dia tak hargai aku. Terang2.

Kadang2 aku rasa.. Aku Sayang gila2 kat dia ni cuma sia2. Sia-sia. Aku rasa macam aku ni tak penting pun dalam hidup dia. Sedangkan aku buat dia macm queen dalam hati dan jiwa aku. Aku sanggup abaikan orang lain sebab dia. Tapi dia?. Aku rasa kawan dia lebih penting dari aku. Aku cakap aku sakit pun dia buat xtau je. Agaknya kalau aku mati.. Dia kisah ke? Aku rasa dia takkan kisah kot. Dan dia taknak ambik kisah pun. Sekarang aku mmg sakit. Aku asyik2 demam. Selsema batuk2. Tak serius sangat. Semalam aku dah gi klinik. Kalau ikutkan la aku mmg taknak pun gi klinik tu. Biar la aku dapat sakit ni. Aku sakit teruk atau nazak sekali pun sapa kisah kan? Tapi aku kena paksa ngan parents. Dan terpaksa la p klinik.

Makin lama akak putri buat aku macam ni aku rasa sakit sangat. Aku takda kekuatan untuk kuat. Semua ni membuatkan aku muram. Nampak je happy kat luar tapi kat dalam. Allah ja tau. Tapi aku masih mampu bertahan. Selagi masih ada tarik dan hembus nafas dalam badan aku. Selagi jantung aku masih berdegup. Aku masih boleh bertahan. Untuk dia. Sebab aku masih sayang pada dia. Sayang yang sangat2.

Dulu aku tak percaya pun ada rasa sayang pada org yg kita kenal dalam laman sosial ni wujud. Bagi aku. Kalau tak jumpa. Tak nampak. Tak face to face dulu.... Macam mana nak sayang. Tapi lepas apa yg jadi baru aku sedar rasa sayang tu betul2 wujud. Dan rindu pada akak Putri sangat menikam2 jiwa aku untuk terus menjadi lemah. Aku rindu akak putri yg caring dulu. Aku rindu perangai dia yang DULU........ Perangai yg masa aku kenal dia waktu umur aku baru form 1. Ambil berat pasal AKU...

Untuk akak yang adek sayang ....

Akak.... Kalau suatu hari nanti rasa  sayang dalam lubuk hati adek ni makin pudar. Makin hilang pada akak. Maafkan adek.. Adek dah cuba untuk jaga supaya takkan pernah hilang. Adk dah cuba berkorban apa yg adek ada bagi kat akak. Adek dah berusaha setia pada akak. Adek dah berusaha bahagiakan akak. Tapi akak macam tak hargai apa yg adek buat. Akak buat adek rasa sia2. Akak tak pedulikan PERASAAN adek. Mungkin akak tak perasan. Takpalah. Adek mintak maaf..

Selasa, 24 Januari 2017

Akak Putri

Assalamualaikum..

Hye hye.. Lama tak update. Aku busy sikit. Busy sekolah ke? No no no. Busy chat akak putri la HAHAHAHA.. busy sekolah pun ya jugak. Busy tak lama lagi dah nak start tusyen. Huhu takley main fon sangat dah la aku. Ok aku nak start luahan hati aku.

Akak putri? Kenapa dengan akak putri tu?. Mungkin dah tau sapa akak putri tu en. Dia kakak yg paling aku sayang dalam dunia ni. Takda sapa dapat ganti tempat dia. Takda sapa boleh dapat perhatian dari aku macam aku bgi perhatian kat akak putri. Only she's. Orang lain pegi jauh2. Family aku tu lain cerita. Adik aku pun aku tak layan macam mna aku layan akak putri. Aku terlalu kasar dgn adik aku dan dalam masa yg sama aku terlalu lembut pada akak putri. Tudiaaa terserlah kekejaman aku pada adik aku hahahahah. Padan muka dia. Aku nak kakak bukan nak adik. Hohoho.

Oleh kerana aku terlalu sayang sangat pada akak putri tu aku sampai sanggup korbankan duit aku demi untuk belanja dia. Topup mmg aku selalu jugak bagi kat dia sbb aku nak tengok dia on. Barang pun aku bagi je kat dia. Aku pun taktau jin apa yg rasuk aku sampai sayang giler kat dia sampai tak boleh lepas. Dia ada pernah aku suruh aku beli barang. Diari pun dia pernah suruh aku beli. Mahal diari tu rm 25 aku rasa. Tapi sbb ada SAYANG  dalam hati aku ni aku macam tak terdaya nak suh dia bayar sampai habis. Aku tau dia takda duit sangat. So aku duh dia bayar rm 15 atau pun rm 10 selebihnya aku belanja dia. Aku beli diari tu pun guna duit ibu aku. Aku pinjam. Aku bayar sikit2 pakai duit sekolah. Dan aku sanggup tak makan kat sekolah sbb aku kumpul duit nak beli topup banyak2 supaya aku dapat on dan chat dia. Sebab aku nak beli barang kat dia. Aku rela. Sebab pe? Sebab SAYANG  ni yang mempertahankan aku untuk berkorban sampai macam tu.

Setakat ni sorang pun tak tau kenapa aku selalu beli topup dan habis cepat. Aku guna topup maximum rm 5 je tapi selebihnya aku selalu bagi kat akak aku sbb dia jenis susah nak kluar rumah. Dan tak makan sangat kat sekolah. Kebanyakkn kawan aku akn ingat yg aku tak makan sebab aku nak diet dan simpan duit. Tapi diorg silap. Semua tu untuk kakak aku. Aku harap sangat dia akan menyedari pengorbanan aku ni. Dan dia takkan cuba mengecewakan aku. Bila aku kecewa mula la aku pandang kakak senior lain. Setakat ni dah ada kakak fav hahahah. Nnti aku cerita lagi pasal fav aku tu. Sekarang aku akan lebihkan pasal akak putri dulu.

Sebahagian besar semangat aku ni ada pada akak putri. Kalau pagi2 buta time aku bangun bersiap g sekolah akak putri chat, compem biji mata aku terbeliak dan aku tak mengantuk trus. Bersemangat je rasa nk bangun p mandi. Dah la aku liat bangun pagi. Aku harap sangat dia bagi semangat kat aku pagi2. Dia cakap good morning pun cukup untuk terbeliakkan biji mata aku ni.

Aku suka sangat bila dia panggil aku sayang. Aku rindu sangat perkataan tu. Serius. Terlalu rindu. Dah lama dia tak panggil macam tu. Tapi siapala aku nak dapat panggilan macam tu dari orang sebaik dia kan :'(. Untungla sapa ditakdirkan jadi suami dia. Hmmm. Aku sayang dia.

Sebab aku terlalu sayang dia. Aku jadi jeles yang teramat dgn mana2 budak dan jantan yg chat ngan dia. Aku macam teranggap org tu nak rampas akak putri dari aku. Kawan aku chat ngan akak putri sikit pun aku jeles kemain siap aku warning kawan aku tu lagi hahahaha. Kesian dia. Nasib korang la dpat kawan macam aku ni hoho jeles tak bertempat.

Sampai sini je kot aku luahkan isi hati aku. Ok2 bye. Tata titi tutu

Isnin, 16 Januari 2017

Kakak Aku

Haii....

Assalamualaikum...

Kat entry sebelum ni aku ada kata aku nyamar jadi lelaki kat wechat baru aku kan? Okey ni aku nak sambung.

Akak putri ni suka diam. Dia tak jujur perasaan dia pada aku. Aku masa tu rasa ragu2 sangat. Banyak soalan timbul dalam kepala otak aku. Aku tertnya2 betul ke akak putri sayang aku? Dia sayang aku series ke main2? Haa lebih kurang mcm tu la soalan2 yg timbul dalam otak aku sampai aku ragu2 ngan dia. Akak putri ni jenis tak suka selfie. Lagipun hp dia takda camera depan so dia tak da gambar. Aku banyak kali mintak gambar kat dia. Aku mna tahu dia x suka selfie. Bila aku mintak gambar dia mesti bagi alasan. Dia kata hp dia tak boleh hantar gambar la. Aku percaya je hahaha. Tapi yg pasti aku nak sngat tengok muka dia. Aku teringin sgt2. Aku ni nakal orangnya. Aku suka kacau orang akak putri tu pun aku suka nyakat dia. Aku selalu cakap dia busuk even dia baru lepas mandi hahaha kejamkan. Oleh sbb faktor2 diatas la aku nyamar jadi lelaki kt wechat bru aku tu 40% sbb aku nak kacau dia. Hehehehe. Bila dah nyamar aku hntar chat. Niat asal aku. Aku nk test dia. Dia layan lelaki ke tak. Tgok2 dia layan sikit2. Aku ada cakap ngn dia yg lelaki n pempuan ada ikhtilat even dilaman sosial pun ikhtilat ttp ada. Niat asal aku sbnarnya cuma nk test dia. Lama kelamaan macam2 perasaan timbul mcm yg faktor2 aku tulis kat atas tu.

Masa berlalu pantas aku masih lagi nyamar. Dari situ banyak isi hati dia aku dapat tau. Aku rasa bersalah. Kenapa aku buat macam ni kat dia? Kenapa aku sanggup sakiti orang sebaik dia? Kenapa aku jahat sangat pada dia? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku sayang dia.. Kenapa aku buat kat dia macam ni?.. Aku takut nk bgitau dia yg tu aku. Aku takut dia sakit. Tapi aku fikir balik. Sampai bila aku nk teruskan macam ni. Dan satu malam lebih kurang pukul 10 lebih. Aku kuatkan diri aku. Aku tak sanggup lagi tipu dia. Aku jujur dgn dia. Dia terkejut. Dia seakan2 tak percaya. Aku xda pilihan lain untuk yakinkan dia. Aku cakap guna voice. Dia... Kecewa sangat2. Dia cakap... Baru dia kenal siapa aku. Aku diam... Kelu mati kata2.. Aku menyesal.. Lepas tu dia cakap " Anggap kita tak pernah kenal " aku rasa macam kena kejutan karen. Bergetar seluruh badan aku. Aku tak pernah sangka yg dia akan cakap macam tu pada aku. Tiba2 dia buat moment. Dia tulis "aku benci kau".... Saat tu aku rasa takde guna lagi aku hidup. Org yg aku paling sayang selama ni akan pergi dari hidup aku untuk selama-lamanya.... Aku rasa nk mati. Aku pukul badan aku sekuat hati aku. Aku terlalu menyesal. Sekelip mata aku kehilangan dia oleh sbb apa yg aku buat kat dia. Aku saja cari masalah. Aku tak fikir akibatnya akan berbalik ke diri aku sndiri.

Lepas tu ex-kakak angkat aku ni chat. Dia tanya kenapa dgn akak putri. Apa aku dah buat. Sbelum tu kbetulan ex-kakak angkat aku ni sahabat ngn akak putri. umur sebaya. Cuma skolah lain2 ex-akak aku tu sekolah agama. Dan diorg kenal dari wechat je. Diorg pernah rancang nk jumpa dan diorg suruh aku datang pada perjumpaan pertama diorang tu. Akhirnya musnah. Tak jumpa.. Sbb aku... Aku dah hancurkan semuanya sbb kakak aku terlalu ramai dan aku tak setia pada diorang. Pastu apa jadi tah aku lupa. Ex akak aku tu terluka  dan dia suruh aku lepaskan dia. So kitaorg cuma kawan je masa tu. Bergelarlah akhirnya ex/mantan adik/kakak.. Pasal nk jumpa tu terus senyap. Diorg tak ungkit lgi dh pasal tu. Okey2 sambung pasal tadi..aku namakan Ex akak aku tu akak Y. Lepas akak Y tnya soalan2 maut tu aku diam. Kelu lagi nak cakap. Aku tal tau nk mula dri mna.. Aku cakp berterabur. Nasib dia faham apa aku ckp. Dia nasihatkan aku untuk solat taubat dan zikir banyak2. Lepas tu aku tidur. Aku takut sangat nak bukak hp. Aku bangun pgi nak gi sklh aku teringat kisah semalam. Aku rasa lemah sangat2. Aku gagahkan diri aku untuk bangun dan ke sekolah. Sepanjang perjalanan ke sekolah aku boleh nampak rumah akak putri dari atas jalan raya. Aku tengok rumah dia dgn sayu. Dalam hati aku berbisik "Segalanya Telah Berakhir Untuk Selama-lamanya"... Aku datang ke sekolah dgn muka yang masam mencuka. Waktu Pj aku tengok padang dgn wajah yg muram sambil fikir akak putri. Aku tak senyum. Naik kelas aku duduk bersila atas lantai kelas sambil dilindungi meja dan kerusi. Aku termenung sorang2. Tiba2 salah sorang kawan aku perasan pastu terus tegur " kenapa ni, putus cinta ke?" aku cuma senyum tawar aku cakap "xda pape"  dan aku biarkan dia..

Aku cba nk mintak pendapat kawan2 aku. Diorg mcam busy. Aku batalkan niat aku. Aku pendam sorang2. Balik sklh aku masih takut nk bukak hp. Aku rasa nk nangis sbb perbuatan aku tu. Aku bertapa belakang pintu bilik. Rasa mcm nk bunuh diri pun ada.

**********************************

Keesokkan harinya aku gitau kawan2 aku. Tapi aku x bgitau aku yg alami bnda tu. Akhirnya diorg dapat syak tu aku. Kantoi disitu.. Diorg bgi pendapat n nasihat aku cuba tenangkn diri aku. Balik rumah aku still sedih. Aku bukak diari. Aku luahkan apa yg aku rasa. Yg aku tau masa tu "aku rindu dia, akak putri"  hbis tulis diari aku tenung diari tu lama2. Hati aku berbisik suruh aku copy ayat aku tulis dalm diari tu bgi pada akak putri untuk kali terakhir. Aku jelaskn kenpa aku wat dia cam tu. Ayat last aku. Aku cakap aku akan pergi dari hidup dia untuk selama-lamanya. Dah send aku of data. Aku menangis lgi. Aku kumpul kekuatan untuk aku on balik. Aku on tiba2 akak balas

" klau kau nak sangat aku tinggalkan kau tunggu aku mati dulu"

Aku terkaku lagi.. Aku bersyukur sangat. Aku masih diberi peluang untuk perbaiki kesilapan aku. (10/8/....) adalah tarikh yang sangat bahagia bgi aku. Aku diberi peluang kedua. Lepas dari tu aku berjanji aku akan sayang akak putri sepenuh hati aku. Aku akan setia pada dia. Aku takkan pernah ambik lagi kakak angkat baru sampai aku mati. Aku mula tinggalkan kakak2 angkat aku yg ramai tu secara perlahan2. Aku padam gambr diorg dari fon aku. Number fon yg x penting aku delete.

Tiap detik... Tiap saat... Aku cuma nak chat dengan akak putri je. Org lain chat ada setengah aku bluetick ada stegah aku balas nak tak nak je. Benda penting yg kawan aku chat pun aku buat main je. Reply lambat2. Sebelum aku nyamar jadi lelaki akak putri ada mintak id wechat ex kakak2 aku tu. Dia add. Tpi akk putri jenis suka remove yg dia fren dan dia tak suka. Tpi dia mcm berminat dgn akak aku sorang ni. Dia tanya pasal akak aku tu kt aku. Aku pun bgitau akak tu macam mna. Aku namakan akak tu akak Q. Akak putri chat ngn akak Q. Pastu akak putri tnya soalan kat aku

" ape yg dia ada yg akak takda "
" ape pendapat adek tentang dia "
" Tell me "
" akak nak tahu semua tentang dia "

Aku blas
" Akak ada semuanya "
" Bagi adk. Akk semua dah cukup"
" Sbb tu adk sayang akk sgt2 dari yg lain "

Aku bgitau pasal akak Q... Pastu aku chat akak Q aku tnya akak putri ada chat ke. Dia ckp ye. Akak Q kata dia chat ngn akak putri dia rasa macam akak putri tu akak aisyah. Iaitu kakak angkat dia yg dah pergi bertemu Allah. Malam tu jugak akak putri mintak izin ngan aku boleh tak nak ambil akak Q jadi adik angkat dia. Dia ckp lagi akak Q akak angkt aku... akak Q jadi adik angkat dia. Lebih kurang mcm tu la hehehe.

Aku rasa sakit kat dada. Jujur aku cakap.. Di sudut hati aku yg kecil ni... Aku tak sanggup nak share akak putri dgn sapa2 pun.. Aku nak aku sorang je jadi adek dia. Takda orang lain lgi. Tapi... Sebab aku sayang akak putri aku relakan demi kebahagiaan dia.. Akak Q tu pun aku hmpir2 nak buang dia dari kakak angkt aku. Tapi dh akak putri amik dia jadi adik angkat dan aku madih ada rasa sayang pda akak Q so aku tak tinggalkn dia. Aku ni sebenarnya susah sangat nak sayang kat orang. Aku akan rasa sayang pada seseorang tu bila seseorang tu tinggalkan aku. Baru aku sayang betul pada dia. Boleh dikatakan ex kakak2 aku tu aku tak sayang pun pada diorg cuma pada akak putri je yg aku sayang sangat2. Aku pun tak reti nk cerita macam mna. Tpi ada rasa sayang pada akak Q tu. Tapi tak sekuat aku sayang pada akak putri.

Mungkin aku sayang akak putri sangat2 sebab akak putri tu akak pertama dalam hidup aku kot. Orang kata cinta pertama susah nak lupa. Tapi aku kakak pertama susah nak lupa HAHAHAHA.. ala lebih kurang je tuhh. Aku takde cinta prtama kikikiki... Aku ase hubungan kakak-adik ni lagi sweet dari kapel au. Kapel dapat dosa. Kakak-adik angkat takde dosa. Tu kelebihannya. Tapi klau yg lain jantina tu berdosa jugok hohohoh..

Sehingga sekarang ni aku masih lagi sayang kat akak putri sangat2. Takkan ada yg boleh hilangkan perasaan aku ni. Kecuali takdir Allah. Hati aku takkan pernah berhenti menyayangi dia. Walauapapun jadi aku akan terus sabar dan bertahan dgn perangai akak putri tu.

Sabtu, 14 Januari 2017

Kakak Angkat Yang Aku Sayang

Aku mula kenal dgn hubungan adik dan kakak angkat ni sejak umur 13 tahun iaitu masa aku baru form 1. Akak aku ni aku kenal dia masa form 1 dalam bulan 3 macam tu. Aku kenal dia melalui people nearby dia add aku dan aku approve. Sebenarnya sebelum kitaorang kenal aku dah pernah nampak wechat dia kat dalam people nearby tu. Aku nampak gambar anime muslimah yg aku letak kat moment aku ada jugak dalam moment dia. Aku syak dia amik dari moment aku. Aku buat biasa je la. Tak kata apa2. Masa dia add tu aku ingat lagi ayat apa yg dia cakap. Dia cakap ' Assalamualaikum, nak berkawan bolehaku pun balas ' boleh ' dan aku approve dia mulakan conversation pertama kami.

Dia kenalkan siapa diri dia.. Dia bagi tau nama sebenar dia. Umur dia. Dan sekolah mna. Aku pun layankan aje. Lepas tu dia mintak izin nak panggil aku dengan panggilan " Adik "  aku pun turut sama mintak izin ngan dia nak panggil dia " kakak "... Start hari tu. Dia selalu chat aku. Tiap hari layan kerenah aku. Dia tua 2 tahun dari aku. Dia jenis tidur awal. Pukul 10 malam dah tido. Dan bila dia nak tidur.. Dia akan wish pada aku " i love you, i miss you "... Tiap malam dia cakap cam tu sampai aku sangka dia lesbian. Dan aku gitau ex- bff aku pasal dia. Ex- bff aku suruh aku sangka baik pada dia mungkin dia saja2. Lama kelamaan aku dah selesa ngan dia. Aku happy sangat ngan dia. Dan satu hari.. Dia tak chat aku. Aku pelik. Aku hntar chat kat dia. Dia tak balas. Tak lama lepas tu hari birthday dia yg ke-15. Aku wish. Masih sama. Dia tak blas. Aku macam sedih sangat. Dan aku biarkan dia. Masa tu kitaorang lost contact buat kali pertama.

Tak lama lepas tu aku ada add satu wechat ni. Aku chat kenal2 biasa dgn owner wechat tu bila dah hbis intro apa semua aku dah tak chat ngn dia. Selang beberapa bulan.. Wechat tu hntar chat kat aku balik. Dia tanya kenal tak id ........... Aku macam terkejut. Adakah dia? Aku namakan akak aku tu akak putri (bukan nama sebenar). Dan owner wechat tu mengaku dia akak putri. Aku happy sangat. Kitaorang sambung chat macam biasa. Gelak2. Happy sama2. Ada satu hari dia bagitau wechat pertama dia ada orang masuk dan tukar kata laluan. Aku dgn beraninya p hantar chat kat wechat pertama dia tu. Aku suruh dia bagi balik wechat akak aku tu. Org tu bagi voice suara lelaki. Dia maki aku. Dia kata aku dak kampung. Macam hina aku. Aku pun naik baran la aku kata lebih kurang kat dia. Tapi aku x guna voice. Cma taip je. Beberapa hari lepas tu akak aku kata dia dah dapat wechat dia balik. Rupa2nya tu abang akak putri yg balas chat aku. Aku rasa marah jugak la sbb abang dia tu kenakan aku. Pastu akak putri cakap nanti abang dia balik rumah dia nak pukul abang dia dengan kayu. Aku gelak besar hahaha.

Kami makin rapat. Even tak pernah face to face. Aku tanya dia.. Dia ada adik angkat tak. (Masa tu aku dalam plan nak amik dia jadi kakak angkat aku) Dia kata dia ada adik angkat. Berapa orang tah. Dia bagitau umur adik2 angkat dia kat aku. Lepas tu adik angkat dia ada sorang umur 13. Aku tanya yg umur 13 tu sekolah mna. Dan dia jawab yg umur 13 tu aku. Terkejut jugak aku. Dia dah anggap aku awal lagi sebagai adik angkat dia. Aku pulaj baru nak mintak dia jadi kakak angkat aku. Lepas tu aku dan dia masing2 sayang menyayangi. Adik dan kakak.

Musim cuti sekolah pun bermula. Tiba2 fon aku rosak. Fon tak boleh baca sim kad aku. Sebabkan tak boleh baca aku tak boleh on data. Berhari2 aku nangis. Aku harapkan keajaiban berlaku. Aku nak chat ngan akak putri. Aku rindu dia. Satu malam aku bukak hotspot fon ibu aku. Aku sambungkan internet ke fon aku. Aku tengok akak putri ada chat aku beberapa hari lepas. Aku reply kata fon aku rosak. Dia krik2. Tak blas jugak. Last fon aku habis betri sbb aku chat ngn ramai org masa tu. Takda pilihan aku terpaksa of wifi dan pergi tido.

Hari demi hari abah aku hantar fon aku kt kedai untuk baiki. Lama jugak tunggu tengok2 fon aku tu dah takda harapan lagi untuk hidup semula d muka bumi ni. Aku sedih sangat. Aku berazam nk kumpul duit sekolah banyak2 untuk beli fon baru dan chat akak aku. Bulan 3 masa form 2 baru aku dapat beli fon baru. Aku chat akak putri. Masih sama takda jawapan. Rasa sedih muncul kembali. Sebulan kemudian aku ada add sorang akak ni beza bnyk tahun jgk ngn aku. Dia ada adik angkat ramai jgk. Aq kan tengah broken masa tu aku amik dia jadi kakak angkat aku. Sbb aku nk cari kebahagiaan macam dgn akak putri dulu. Opss aku lupa bagi tau.. Sebenarnya akak putri tu kakak pertama dalam hidup aku. Dan dia juga yang palinggggg aku sayang.

Bila dah amik dia jadi kakak aku yg ke 2 aku rasa biasa je. Tak mcm dgn akak putri sangat. Akak putri ni suka panggil aku dgn panggilan sayang. Aku sapa panggil cam tu aku mmg cair. Akak ke 2 ni tak selalu panggil aku cam tu.  akak ke 2 ni ada pakwe. Aku panggil pakwe dia tu pakcik senget hahahaha. Hari berganti hari aku masih rasa alone.. Kakak angkat aku makin ramai. Kalau bilang balik dalam 8 orang macam tu. Banyakkan??? Haa mesti. Aku tak matang lgi masa tu. So aku tak pandai setia. Even ramai aku tetap sayang pada akak putri sorang je. Aku mmg takley lupa akak putri wlaupun kami dah lost contact 2 kali dalam masa yg lama.

Bulan 5 masa aku form 2 macam tu tiba2 aku perasan ada satu acc wechat like moment aku. Acc tu pelik. Aku rasa macam ada tarikan magnet tarik aku untuk tahu siapa pemilik acc tu. Aku  pm acc tu. Dan..... Owner tu cakap nama dia............ Dia tu akak putri. Aku rasa sebak. Orang yg aku sayang selama ni dah muncul kembali. 6 bulan terpisah akhirnya bersatu balik. Dan pada masa tu aku rasa alone yg menetap dalam hati aku ni perlahan2 pergi. Kebahagiaan mula mendampingi aku. Walaupun akk putri dah kembali dalam hidup aku.. Tapi aku tetap belum insaf aku masih lgi ambik kakak angkat baru. Dan akk putri tahu. Aku tau dia kecewa. Tapi  masih tak  Sedar diri masa tu. Aku buat tak tahu  je. Aku tamak. Bagi betis nak paha.

Aku tau akak putri kecewa tu pun sbb aku buat wechat baru dan nyamar jadi lelaki. Aku tnya dia macam2 dan dia luahkan segala yg dia rasa atas apa yg aku buat kat dia. Aku tak setia kat dia.

Ada sambungannya lagi. Tapi betri aku dah nak habis hahahah. Di masa yg akan datang aku sambung lagi. Sekian.....

First

Assalamualaikum..

First aku nak cakap aku buat blog ni hanya untuk luahkan perasaan aku yg dah sekian lama terpendam. Aku cuma share apa yg aku rasa. Aku tak suka menulis tapi sejak aku dah meningkat remaja ni ada satu 'perasaan' datang dalam hati aku dan buat aku kecewa. Dari perasaan tu la aku dah mula pandai tulis isi hati aku. Selalu aku tulis dalam diari tapi sejak aku terbaca stu blog ni.. Trus buat aku rasa nak tulis blog sendiri. Dan luahkan ape yg aku rasa.


Cukup la orang kenal aku dengan nama ' Fir '. Sifat aku ni dalam diam ada jugak tomboy. Aku ganas. Aku juga selalu sensitif dgn orang yang aku sayang. Aku ni kuat sangat ego. Aku ada sorang adik dia tu baran. Agak2 baran vs ego jadi apa?? Perang dunia ke 3 meletus la dalam rumah aku tu. Tiap hari kalau tak bergaduh dengan dia mmg tak sah. Kitaorang selalu gaduh 85% bergaduh sebab makanan hahahah. Di sebabkan aku lebih tua. Aku terpaksa mengalah huhu. Tapi aku dgn ego aku ni tetap xnak menyerah kalah dengan budak tu. Aku mengalah tu pun sebab nak jaga hati aku ni dari rasa sakit lagi.


Aku ni bukan sorang yg suka kapel. Walaupun aku sekolah biasa tapi aku tak hukum kapel tu. Kapel haram so aku benci kapel. Pernah ada mamat ajak kapel. Tapi aku reject sbb geli dan dia tak hensem hahahah. Memilih btul aku -,-.. Aku ni pemalu. Dulu masa kecik2 takda malu sangat. Tapi dah masuk alam sekolah menegah ni aku rasa makin bertambah malu. Tak tau sebab pe. Dulu masa form 1 bila jumpa senior2 aku jalan tunduk je nasib tak pernah berlaga tiang. Kalau ada senior cakap ngn aku dan bertentang mata ngan aku fuh.. Aku kaku menggila. Aq jadi takley fokus apa senior tu cakap. Oleh sbb malu tu . orang sekeliling nampak aku sombong. Tapi aku biarkan je kt diorg. (Kadang2 aku sombong jugak hahahah)..


Aku ni jenis sapa tak tegur aku dulu aku memang takkan tegur dia. Tapi tu kalau face to face la. Kat laman sosial pun aku macam tu jugak. Ada kisahnya. Dulu masa aku baru belajar guna wechat.. Aku selalu jgk add org menggunakan people nearby. Aku add org tu approve aku pm dia suruh intro apa semua. Aku dulu friendly sangat. Makin lama bila aku pm diorg yg aku baru add tu ada yg tak reply chat aku. Buat tak tahu je. Aku rasa terguris sangat. Start dari tu aku stop dari jadi peramah dilaman sosial. Dulu aku kaki add org sekarang tak lagi. Dulu ibu abah aku selalu syak klau aku main fon sambil senyum2 mesti diorg pikir aku chat ngan lelaki. Padahal aku chat dgn kawan pempuan aku. Kawan satu sekolah. Oleh sbb diorg suka syak cam tu aku tak tahan sangat. Dan aku nangis aku cakap aku tak friend langsung dgn lelaki. Lagipun msa tu aku xpernah chat pun ngan lelaki. Lepas ckp cm tu ibu abah aku terus diam dan x sangka buruk lgi dah ngn aku. Nak di jadikan cerita tiba2 aku join satu grup ni ada lelaki add aku. Laju je tangan aku approve. Pastu dia chat. Aku layan je. Aku asa tu kli pertama aku chat ngn lelaki yg aku x kenal. Dia sebaya aku. Dia tu la yg mintak couple tapi aku reject hahaha. Masa dia mintak kapel tu aku pikir ibu abah aku. Klau aku kapel nnti mgkin datang kesan buruk pada aku. Lagipun aku x percaya pada lelaki. Ayat sweet tapi bila dah jemu tinggalkan cam tu je. Tak lama lepas tu aku makin matang. Aku makin benci lelaki. Tak tau nape. Dan aku remove semua boy yg pernah friend ngan aku. Tinggal girl 100%.


  Tu je kot yg aku boleh bgitau tetang diri aku. Aku ada banyak yg nak cerita ni. Tapi jari aku dah lenguh type. Dah larut malam aku belum tido. Abah aku tahu aku blum tido mati aku kena marah. Kk bye.