Jumaat, 27 Januari 2017

Broken Heart

Assalamualaikum

Hai....

Di saat ni 28/1/2017 aku tengah broken sebab akak putri. Aku serabut lagi dan lagi. Akak putri suruh aku beli barang kat dia. Aku dah beli apa yg dia nak tapi nak hntar kat dia tu ada masalah transport dan masalah orang tengah untuk bagi kat dia tu. Aku nk jumpa dia face to face aku malu sangat2.  Bila aku ngadu masalah aku tu kat dia. Dia buat macam tak tahu je. Dia biar aku tanggung sorang2. Aku bagitau punya panjang2 dia balas " Ouh " ja. Mau aku tak naik angin. Pastu aku hantar dot2 macam ni kat dia ..... Dia tanya aku balik " ape "...  akak oh akak. Tak sedar ke adek tengah sakit hati ni ????? Aku mula perasan semenjak dua menjak ni en perangai dia makin berubah tau. Haritu aku rela bagi topup aku kat dia even aku tengah terdesak nk guna topup tu. Aku bgitau duit aku dah takda. Dia buat xtau ja. Aku paksa diri aku bagi topup last aku tu kat dia. Dia just say " thanks you ". Pastu senyap. Nampak sangat dia tak hargai aku. Terang2.

Kadang2 aku rasa.. Aku Sayang gila2 kat dia ni cuma sia2. Sia-sia. Aku rasa macam aku ni tak penting pun dalam hidup dia. Sedangkan aku buat dia macm queen dalam hati dan jiwa aku. Aku sanggup abaikan orang lain sebab dia. Tapi dia?. Aku rasa kawan dia lebih penting dari aku. Aku cakap aku sakit pun dia buat xtau je. Agaknya kalau aku mati.. Dia kisah ke? Aku rasa dia takkan kisah kot. Dan dia taknak ambik kisah pun. Sekarang aku mmg sakit. Aku asyik2 demam. Selsema batuk2. Tak serius sangat. Semalam aku dah gi klinik. Kalau ikutkan la aku mmg taknak pun gi klinik tu. Biar la aku dapat sakit ni. Aku sakit teruk atau nazak sekali pun sapa kisah kan? Tapi aku kena paksa ngan parents. Dan terpaksa la p klinik.

Makin lama akak putri buat aku macam ni aku rasa sakit sangat. Aku takda kekuatan untuk kuat. Semua ni membuatkan aku muram. Nampak je happy kat luar tapi kat dalam. Allah ja tau. Tapi aku masih mampu bertahan. Selagi masih ada tarik dan hembus nafas dalam badan aku. Selagi jantung aku masih berdegup. Aku masih boleh bertahan. Untuk dia. Sebab aku masih sayang pada dia. Sayang yang sangat2.

Dulu aku tak percaya pun ada rasa sayang pada org yg kita kenal dalam laman sosial ni wujud. Bagi aku. Kalau tak jumpa. Tak nampak. Tak face to face dulu.... Macam mana nak sayang. Tapi lepas apa yg jadi baru aku sedar rasa sayang tu betul2 wujud. Dan rindu pada akak Putri sangat menikam2 jiwa aku untuk terus menjadi lemah. Aku rindu akak putri yg caring dulu. Aku rindu perangai dia yang DULU........ Perangai yg masa aku kenal dia waktu umur aku baru form 1. Ambil berat pasal AKU...

Untuk akak yang adek sayang ....

Akak.... Kalau suatu hari nanti rasa  sayang dalam lubuk hati adek ni makin pudar. Makin hilang pada akak. Maafkan adek.. Adek dah cuba untuk jaga supaya takkan pernah hilang. Adk dah cuba berkorban apa yg adek ada bagi kat akak. Adek dah berusaha setia pada akak. Adek dah berusaha bahagiakan akak. Tapi akak macam tak hargai apa yg adek buat. Akak buat adek rasa sia2. Akak tak pedulikan PERASAAN adek. Mungkin akak tak perasan. Takpalah. Adek mintak maaf..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan