Hari demi hari semakin nampak perubahan pada diri dia. Hari demi hari aku tersakiti.. Tanpa dia sedari. Dia dah berubah. Tak lagi seperti dulu...
Yang penyayang
Yang friendly
Yang caring pasal diri aku
Dia dah mula abaikan aku perlahan-lahan. Dia takkan kesah pun kalau apa² jadi pada aku. Yang dia kesah cuma pasal kawan² dia. Aku MATI sekalipun dia memang takkan kesah.
Aku selalu bersabar dan rendahkan ego aku bila dia sakitkan aku. Aku sentiasa bertahan untuk jaga relay ni. Memang bagi org akan kata aku ni pulun sbb ni cuma hubungan kakak dan adik angkat. Org ramai lebih simpati pada hubungan kapel yg dari segi hukum islam haram tu. Tapi sapa yg tau apa aku rasa. No boy sebelum masanya. Dan taknak kesah pasal boy. Hidup aku perlukan kasih sayang dari seorang KAKAK. Bukan nasib aku ditakdirkan kakak kandung. Hanya kakak angkat. Tapi aku dah anggap kakak angkat aku.. Akak putri... Macam kakak kandung aku sendiri. Dia adalah sebahagian besar dari hidup aku. Macam nyawa aku. Betapa aku sayang sangat² pada dia.
Tapi bila dia berubah semua hancur. Aku dah penat tanggung sakitnya diabaikan. Sakitnya hati yang terluka. Pedih. Aku always serabut. Tiap hari dalam kepala otak aku cuma ada dia. Aku selalu terbayang saat² indah bersama dia. Semua tu takkan jadi kenyataan. Huh..
Memang aku dah janji dgn dia yg aku akan sentiasa bersabar dgn sikap dia. Tapi aku pun manusia biasa. Aku ada HATI. Tak selama-lamanya aku dapat bertahan kalau selalu disakiti. Mungkin dia dah tak perlukan aku lagi dlm hidup dia. Aku akan Berhenti mengemis kasih sayang dari dia.
Aku masih perlukan dia sangat² dalam hidup aku tapi aku kena berubah. Aku tak boleh selama-lamanya hidup dlm keadaan sedih macam ni. Aku akan berubah dan tak jadi lagi Fir yg dulu.. Yang selalu bersabar dgn orang yg dia betul² sayang. Yang selalu setia selepas hampir kehilangan org yg dia sayang.
Akak tolong jangan terkejut ya :)
Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan