Sabtu, 18 Februari 2017

Perasaan

Aku tak faham la dengan perasaan aku ni. Aku dah kata mmg aku nak berubah tapi perasaan sayang pada akak putri tu yang halang aku untuk jadi diri orang lain. Aku dah bnyak kali disakiti. Tiap2 hari aku terluka. Selalu sedih sebab dia. Dia bukan pernah tahu pun.

Disaat aku sedih ni la org yg aku anggap biasa2 je yg bantu aku. Yg buat aku happy balik. Iaitu twin aku sendiri. Aku tak sangka dia sanggup korbankan kakak angkat dia untuk aku. Dia suruh kakak angkat dia happykan aku. Teman aku lepas dia tau masalah aku dan akak putri. Siyes. Aku terharu sangat. Knapa aku sgt kjam pada dia dulu.

Perubahan pada diri akak putri semakin jelas aku nampak sekarang ni. Beberapa hari lepas aku dah bengang dgn dia. Aku punya type chat panjang2 senang hati dia je balas pendek namati. Dia balas ' okey ' je. Aduhh naik angin la aku. Dia dah dapat teka apa perasaan aku masa tu. Haa pandai pulak budak tu teka!! Aku bagi peluang lagi kt dia. Semuanya sbb sayang ni la. Tak sayang aku dah lama tinggalkan dia. Okey. Wlaupun dah bagi pluang. Tapi dia tetap tak berubah!! Tetap jadi orang lain. Hmmm.

Dan tadi lagi bertambah sakit hati aku. Aku dgn relanya tolong belikan dia barang yg dia nak siap nak hantar kt dia lagi. Dia suh aku hantar dpn sekolah dia. Aku lambat sikit smpai sekolah dia sbb aku dari sekolah aku balik rumah tukar moto. Dah lambat dia balik rumah dia cam tu je. Katanya ada org hantar. Dah la tak tunggu aku. Dia suh aku bgi kat kawan dia. Bila sampai batang hidung kawan dia pun aku tak nampak. Dah la tengah panas kot aku bawak moto.

Aku punya tunggu la kat kawasan sekolah tu dekat 30 minit. Xda nampak susuk tubuh kawan dia pun. Bila aku chat dia, dia tau pulak nk sorry sbb tak tunggu aku. Pastu dia senyap. Aku hantar chat tak balas. Dia bluetick je. Aku call. First dia angkat. Aku bunyikan suara. Dia diam je. Xde bunyi apa pun. Aku letak pastu call balik beberapa kali. Dia tak angkat. Kawan2 aku yg 3 org tolong teman aku tu dah mula bising2. Marah aku. Tak lama kemudian ibu aku pulak call marah2 aku lagi knapa balik sekolah lewat dalam fon tu boleh dgr suara abah aku pun dok bising2 gak marah aku agaknya. Sakit hati tu memang tak tau nak cakap la. Sangat membara dah la tgh bawah cahaya matahari terik. Last2 balik cam tu je. Aku tengah susah nk hntr barang dia. Dia (akak putri) buat tak tau je. Kakak apa macam tu????

Aku rasa aku dipergunakanlah. Dia gunakan aku. Dia mainkan aku. Dia abaikan aku. Bila dia perlu dia cari aku. Okey fine!! Aku mmg sampah yg lepas habis guna terus buang. Haa bagus la. Buat la lagi mcm tu. Sampai satu hari dia tersedar adik yg dia gunakan dulu dah dah berambos dari hidup dia untuk selama2nya. Sekarang mungkin dia boleh happy2 lagi sebab aku masih sayang dia. Dan nak dia dalam hidup aku. Tapi tak selama2nya sayang dalam hati aku ni akan mekar untuk dia.

Bila dia sakitkan hati aku. Bila dia abaikan aku. Bila dia kecewakan aku. Perasaan sayang ni akan terhakis sikit demi sikit. Aku dah dapat rasakan sikit. Dulu aku selalu rindu dia yg amat2. Tapi sekarang dah tak lagi. Aku rindu sikit2 je. Dia mintak tolong lagi mmg aku xkn tolong dah. Cukup la aku dah rasa dipermainkan dan dipergunakan. Aku mmg dah kurang setia pada dia sekarang ni. Aku dah mula chat org lain. Tapi just friend biasa. Bezanya diorg lebih tua dari aku. Akak putri nk kecewa? Biar arr. Kalau dia ubatkan semua kesakitan yang dia tinggalkan kat hati aku ni baru aku akan setia pada dia balik 1000%

Okey cukup la luahan hati aku pada harini. Tak lama lagi birthday aku. Aku harap aku akan bahagia seperti DULU..... Aamiin

Jumaat, 10 Februari 2017

Berubah :)

Hari demi hari semakin nampak perubahan pada diri dia. Hari demi hari aku tersakiti.. Tanpa dia sedari. Dia dah berubah. Tak lagi seperti dulu...

Yang penyayang
Yang friendly
Yang caring pasal diri aku

Dia dah mula abaikan aku perlahan-lahan. Dia takkan kesah pun kalau apa² jadi pada aku. Yang dia kesah cuma pasal kawan² dia. Aku MATI sekalipun dia memang takkan kesah.

Aku selalu bersabar dan rendahkan ego aku bila dia sakitkan aku. Aku sentiasa bertahan untuk jaga relay ni. Memang bagi org akan kata aku ni pulun sbb ni cuma hubungan kakak dan adik angkat. Org ramai lebih simpati pada hubungan kapel yg dari segi hukum islam haram tu. Tapi sapa yg tau apa aku rasa. No boy sebelum masanya. Dan taknak kesah pasal boy. Hidup aku perlukan kasih sayang dari seorang KAKAK. Bukan nasib aku ditakdirkan kakak kandung. Hanya kakak angkat. Tapi aku dah anggap kakak angkat aku.. Akak putri... Macam kakak kandung aku sendiri. Dia adalah sebahagian besar dari hidup aku. Macam nyawa aku. Betapa aku sayang sangat² pada dia.

Tapi bila dia berubah semua hancur. Aku dah penat tanggung sakitnya diabaikan. Sakitnya hati yang terluka. Pedih. Aku always serabut. Tiap hari dalam kepala otak aku cuma ada dia. Aku selalu terbayang saat² indah bersama dia. Semua tu takkan jadi kenyataan. Huh..

Memang aku dah janji dgn dia yg aku akan sentiasa bersabar dgn sikap dia. Tapi aku pun manusia biasa. Aku ada HATI. Tak selama-lamanya aku dapat bertahan kalau selalu disakiti. Mungkin dia dah tak perlukan aku lagi dlm hidup dia. Aku akan Berhenti mengemis kasih sayang dari dia.

Aku masih perlukan dia sangat² dalam hidup aku tapi aku kena berubah. Aku tak boleh selama-lamanya hidup dlm keadaan sedih macam ni. Aku akan berubah dan tak jadi lagi Fir yg dulu.. Yang selalu bersabar dgn orang yg dia betul² sayang. Yang selalu setia selepas hampir kehilangan org yg dia sayang.

Akak tolong jangan terkejut ya :)

Bye

Khamis, 2 Februari 2017

Alone

Assalamualaikum semua orang² islam sekalian !!!!

Tak jawab dosa :p
Kepada yang bukan islam i want to say good evening u all

Ehh,, ada ke orang sudi singgah dan baca blog luahan hati aku yang agak bosan ni –_–ll

Hm.. Aku rasa alone la. Akak putri start tak on pulak. Berjuta² kali aku stalk last seen dia (padahal tak sampai 50 kali). Bila dah stalk tengok tak on rasa hampa je. Bila tengok dia online rasa kecewa pulak sebab dia tak chat. Haduh aku nak ape sebenarnya ni... Em haaa aku dah tahu!!!! Aku sebenarnya cuma nak perhatian dari dia.

Sejak kebelakangan ni dia kan makin berubah.. Dia suka balas chat aku lambat². Pastu balas pendek² . Aku memang takley sangka baik dah. Aku dah ingat dia mula meluat ngan aku. Atau bahasa sentapnya Dah Malas  nak reply chat dari aku. Dah dia buat macam tu aku pun mula la cipta ayat sedih² kasi kat dia (sedih la sangat). Dia baca. Then bluetick je. Serius rasa macam kena hiris dengan duri kat hati aku ni. Tapi aku sabarkan saja. Sebab aku masih mampu bertahan. Aku diam. Aku pun tak tau sampai bila aku nak mengemis perhatian dari dia.

Dah dua hari aku tak pergi sekolah. Badan aku masih tak sihat sikit². Aku berharap sangat dia sudi bagi semangat sikit kat aku untuk kembali sihat sepenuhnya. Dia adalah ubat utama yang menambahkan kekuatan dalam diri aku. Tapi... Semua tu takkan pernah berlaku. Dia bukan kesah lagi pasal diri aku seperti Dulu.......

Walaupun dia makin berubah jadi orang yg aku tak kenal, aku tetap selalu berdoa lepas sembahyang pada Allah S.W.T  agar sentiasa menjaga dia di mana saja dia pergi untuk aku.. Sentiasa bahagiakan dia walau bukan dengan aku.. Sampaikan rindu aku pada dia.. Aku bukan orang yg baik. Tapi aku tetap berdoa supaya aku diberi hidayah kembali seperti dulu. Dan kuatkan hati akak putri untuk menempuh ujian dari-nya.

Bila rindu aku mesti akan scroll balik chat dengan dia kat wechat. Chat yg berbulan² dulu. Chat yg buat aku tersenyum. Aku selalu baca chat time dia luah perasaan dia pada aku. Time dia cakap dia sayang aku sangat-sangat. Time dia bagitau tanpa aku dia boleh die. Time dia cakap i rindu kat you. Yg mana ayat² yang sangat menyentuh hati aku mesti aku akan tekan kat text tu lama² sampai text tu jadi besar dan aku screen shoot. Aku buat wallpaper phone aku buat wallpaper chat guna screen shoot tu dgn harapan rindu aku kat dia dengan kata² tu boleh terubat even kata² tu.. Kata² lama.

Tadi aku pulun search google sebab dah tak tau nak buat apa. Tiba2 aku tertaip nama sebenar akak putri kat search tu. Betapa sayunya aku rasa. Aku terlalu rindu.. Di mana dia sekarang?

Aku berharap semua kesedihan ni akan pergi tak lama lagi.