Jumaat, 5 Mei 2017

Kenangan 2015

2015.. Bulan 3

Telah ditakdirkan berkenalan dengan seorang gadis lembut yang ayu. Sifat dia sikap dia. Cara layanan dia. Sangat lembut. Sangat menunjukkan sifat seorang kakak yang semua adik dalam dunia ni mahu.

Semenjak berkenalan dengan dia. Hati ini sering rasa disayangi. Dikasihi. Kerana saat itu hati ini sangat terluka kerana sikap Ex-bff sendiri. Kehadiran dia membawa sinar yang menerangi hidup aku.

Setiap malam bila dia nak tidur.. Dia takkan lupa untuk ucap i love you, i miss you, i need you. Seumur hidup aku. Tak ada lagi insan yang sering sebut macam tu pada aku. Aku sangat terharu. Sungguh.

2015. Secara dia tak perasan. Dia dah beri aku kasih sayang seorang kakak yang tak pernah aku rasa selama ni. Aku happy sangat masa tu. Ada orang sanggup layan kerenah aku. Ada orang teman aku chat. Aku bersemangat nak teruskan hidup.

Itulah tahun yang aku rindu sangat even tahun yang pertama kali aku broken dgn ex bff aku . Rindu sangat waktu baru kenal dengan dia. Tapi mungkin semua tu takkan berulang lagi.

Sebab..

Benda yang dah dinamakan kenangan, pasti mungkin takkan terulang lagi walau seindah mana pun kenangan tu. Rindu. Hanya dapat pendam dalam hati.

Aku kena terima kenyataan yang dia sudah berubah menjadi orang lain. Aku kena hadap semua ni. Deritanya menahan sakit. Rindu.

Aku tak pernah sangka.. Gadis yang aku kenal 2015 dulu akan jadi insan yang sangat bermakna dan terlalu perlukan dia dalam hidup aku.

Gadis tingkatan 3  -2015-
Gadis tingkatan 4  -2016-

Dimana awak sekarang. Kalau awak mucul kembali. Saya takkan sia2kan awak. Saya perlukan awak. Saya rindu awak. Saya sayang awak. Saya dah tak mampu untuk menahan luka ini kerana diri awak yg 2017. Sungguh saya rindu awak sangat2. Kakak saya yang dulu. Yang selalu buat saya bahagia. Walaupun semua dah berakhir. Kenangan indah ni takkan saya lupakan sampai bila2.